Lemah tenaga batin atau bahasa mudahnya, mati pucuk. Ia merupakan sesuatu yang sangat digeruni oleh kaum lelaki. Ia merujuk kepada kegagalan zakar untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai \’impotent\’.

Masalah Lemah Tenaga Batin

Masalah ini tidak seharusnya dipandang remeh. Ia mampu menggugat keyakinan diri seseorang serta memusnahkan kebahagiaan banyak pihak. Lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin perlu berani untuk berterus-terang agar rawatan yang sesuai dapat diusahakan.

1. Tanda-tanda awal masalah tenaga batin.

1.1) Zakar langsung tidak menegang.

Keadaan ini paling ditakuti oleh setiap lelaki. Mengikut nisbah, dianggarkan setiap 1 daripada 10 lelaki berkemungkinan mengalami masalah lemah tenaga batin.

1.2) Zakar lembik.

Ia merupakan keadaan di mana lelaki tidak mampu bersenggama. Rasa tidak selesa berlaku apabila air mani keluar lebih awal sebelum bersenggama.

1.3) Zakar menegang tetapi tak mampu untuk memancutkan air mani.

Kebiasaannya, lelaki yang menghadapi masalah ini akan berhenti dari bersenggama kerana keletihan.

1.4) Zakar lambat memberi respon serta tidak menegang seperti biasa.

Ia berlaku kepada hampir semua lelaki. Ini yang digelar sebagai lemah syahwat.

2. Punca-punca menyebabkan lemah tenaga batin bagi lelaki.

Punca kelemahan tenaga batin boleh dibahagikan kepada 2 faktor iaitu fisikologi dan psikologi.

2.1) Faktor fisikologi.

Ia berkait-rapat dengan keadaan tubuh badan seseorang lelaki. Terdapat 2 perkara yang mungkin menjadi punca masalah ini berlaku.

1) Gangguan pada salur darah dalam zakar.

Gangguan ini menyebabkan aliran darah menjadi terhalang sekaligus mengganggu momentum peredaran darah ketika bersenggama.

2) Preskripsi / pengambilan ubat-ubatan bagi penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

Kesan daripada pengambilan ubat-ubatan ini untuk jangkamasa panjang boleh mempengaruhi keupayaan seseorang lelaki di ranjang.

Kebanyakan lelaki yang mengidap penyakit seperti yang dinyatakan atau mengamalkan gaya hidup kurang sihat sangat terdedah kepada masalah lemah tenaga batin. Mereka yang berisiko tinggi adalah yang terlibat dengan masalah berikut:
– ketagihan merokok.
– kerap mengambil minuman beralkohol.
– penyalahgunaan dadah.
– obesiti (berat badan berlebihan).
– kesan daripada kanser.
– hypertensi (tekanan darah tinggi).
– hyperlipidemia (kolestrol tinggi dalam darah).
– diabetis.
– sakit jantung.

2.2) Faktor psikologi.

Faktor psikologi pula dipengaruhi oleh 5 perkara yang mungkin menjadi penyebab berlakunya masalah lemah tenaga batin di kalangan kaum lelaki.

1) Tekanan.

Apabila terlalu banyak memikirkan masalah di tempat kerja, keadaan keluarga yang tidak stabil serta 1001 macam kerumitan lain, menyebabkan lelaki mudah berasa tertekan. Perasaan tertekan ini semestinya mengganggu aktiviti seksual dengan pasangan. Jika dibiarkan akhirnya masalah lemah tenaga batin berkemungkinan besar akan terjadi.

2) Kegelisahan yang terlampau.

Disebabkan sesuatu masalah, seorang lelaki mungkin diserang rasa gelisah yang teruk. Kegelisahan ini jika kerap berlaku dan tidak dikawal dengan baik akan mencetuskan gejala lemah tenaga batin lelaki tersebut.

3) Kemurungan.

Kebanyakan lelaki berasa sukar untuk meluahkan perasaan. Oleh itu, mereka lebih selesa memendam perasaan. Namun lama-kelamaan perasaan yang dipendam mungkin mendorong kepada kemurungan. Ini akan menjejaskan prestasi di kamar walaupun mereka selesa dengan pasangan.

4) Ketakutan yang keterlaluan.

Trauma terhadap sesuatu sehingga menghilangkan rasa berani dalam diri seorang lelaki juga di antara penyebab berlakunya masalah lemah tenaga batin.

5) Hilang rasa kepentingan dalam hubungan seksual.

Biasanya keadaan ini terjadi kepada lelaki yang semakin berusia. Pada usia yang semakin bertambah, sesetengah lelaki menganggap tak perlu lagi beraksi cemerlang di ranjang. Perasaan ini akhirnya membuatkan keupayaan seksual menjadi lemah.

3. Kesan kepada individu terlibat dan institusi kekeluargaan.

3.1) Lelaki terbabit.

Isu tenaga batin berkait rapat dengan tanggapan masyarakat terhadap kemampuan seorang lelaki sejati, kesuburan dan kejayaan membenihkan zuriat. Kegagalan mencapai kejayaan tersebut akan meninggalkan kesan psikologi yang teruk kepada seorang lelaki. Mereka cenderung untuk berasa malu, hilang harga diri malah memyimpan rasa rendah diri yang keterlaluan.

Oleh kerana stigma masyarakat inilah menyebabkan ramai lelaki memilih untuk mendiamkan diri daripada membincangkan masalah ini dengan pasangan atau mendapatkan rawatan. Hal yang demikian membuat keadaan mereka menjadi semakin rumit serta lebih sukar dirawat.

3.2) Pasangan.

Wanita yang mempunyai pasangan lemah tenaga batin sering berasa tertipu. Mereka menjangkakan kepuasan maksima tetapi sering dibiarkan dalam keadaan tidak puas. Apabila kerapkali gagal mencapai kepuasan sewaktu berhubungan seksual, wanita akan mula bosan dengan pasangan.

Daripada kebosanan, perasaan tersebut beransur menghilangkan rasa hormat wanita kepada pasangan mereka. Ada yang bertindak menunjukkan rasa benci, ada juga yang diam-diam memuaskan diri dengan cara sendiri. Kebanyakannya membuka ruang kepada kecurangan.

3.3) Keluarga.

Apabila dua pihak mula memendam rasa, suasana dalam rumahtangga akan mulai suram. Masing-masing akan mula menjauhkan diri, menumpukan pada hal sendiri saja. Lelaki hilang keyakinan diri sebagai ketua keluarga, wanita hilang rasa dihargai sebagai pasangan.

Keadaan sebegini jika dibiar berterusan tidak mustahil mengakibatkan perceraian. Anak-anak akan menjadi mangsa. Malah sebenarnya semua adalah mangsa, hanya kerana lelaki yang lemah tenaga batinnya tidak mahu berterus-terang dan mendapatkan rawatan.

4. Kaedah rawatan.

Masalah lemah tenaga batin adalah suatu keadaan yang boleh dirawat. Oleh itu, para lelaki perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi sekiranya menghadapi masalah ini. Rawatan yang bersesuaian akan memberikan hasil yang baik jika lelaki sendiri ada semangat untuk pulih.

Pilihan rawatan yang boleh dipertimbangkan ialah :

4.1) Rawatan tradisional.

Kebanyakan lelaki lebih gemar memilih kaedah rawatan tradisional sebagai cara untuk merawat masalah kelelakian mereka. Biasanya rawatan ini terdiri daripada ubat-ubatan semulajadi.

Namun begitu, untuk mengelakkan komplikasi serta memperoleh kesan terbaik, nasihat perubatan dari doktor bertauliah adalah sangat perlu. Ini memandangkan terdapat lambakan ubat tradisional yang mengandungi bahan terlarang di pasaran. Bimbang jika diambil berterusan akan menimbulkan masalah kesihatan lain pula.

4.2) Rawatan alternatif.

Kaedah yang dimaksudkan merujuk kepada rawatan mudah bagi masalah lemah tenaga batin yang tidak kronik. Contoh rawatan alternatif yang biasa ialah melakukan akupuntur untuk melancarkan aliran darah ke bahagian zakar atau menghadiri sesi terapi psikologi untuk mengawal emosi dengan lebih baik.

4.3) Rawatan hospital.

Kaedah ini dianggap lebih baik tetapi agak berisiko berbanding rawatan tradisional. Ubat-ubatan moden yang mahu digunakan perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Selain itu, rawatan yang ada hanya bertindak sementara. Ia membantu zakar menegang dan bertahan untuk bersenggama sahaja.

Di antara rawatan yang ditawarkan ialah :
1) Rawatan oral.
Terdapat 3 jenis pil yang disediakan pihak hospital. Setiap satu memerlukan sekitar 20 minit hingga 1 jam (untuk bertindak) sebelum melakukan hubungan kelamin. Tempoh keberkesanannya pula berbeza, di antara 3 hingga 36 jam.

2) Alprostadil.
Ia perlu disuntik ke dalam zakar atau dimasukkan dengan alat khas. Kebiasaannya diambil sebelum bersenggama dengan pasangan.

3) Rawatan hormon.
Ia jarang digunakan. Sesetengah lelaki menggunakan kaedah rawatan ini bagi mengatasi masalah tekanan. Ia turut bergantung kepada punca masalah serta faktor lain yang ditentukan oleh doktor.

4) Pembedahan.
Melibatkan kos yang tinggi. Pembedahan biasanya adalah pilihan terakhir yang dicadangkan. Prosedur yang sering digunakan adalah dengan menanam prosthetik, iaitu sejenis batang buatan ke dalam zakar.

4.4) Gaya hidup sihat.

Inilah pilihan terbaik bagi lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin sebenarnya. Ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Jaga pemakanan, rajin bersenam serta berfikiran positif selalu.

Antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan :
1) tidak merokok atau berusaha untuk kurangkannya.
2) bersenam setiap hari.
3) beriadah bersama keluarga.
4) tidak mengamalkan minuman beralkohol.
5) amalkan pemakanan seimbang.
6) latih minda berfikiran positif serta kurangkan stres.

5. Makanan untuk mengelakkan masalah kelelakian.

Masalah lemah tenaga batin boleh dirawat. Namun disebabkan kebanyakan lelaki mudah berasa malu dan ego, mereka memilih untuk mendiamkannya. Rawatan juga dielakkan agar kelemahan mereka tidak terbongkar.

Terdapat beberapa jenis makanan yang elok diamalkan supaya masalah tersebut dapat dicegah. Para lelaki boleh mula masukkan makanan berikut ke dalam menu diet harian mereka.

– Madu.
Dipercayai sejak zaman dahulu lagi madu sangat baik untuk meningkatkan keupayaan lelaki. Ia juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Mengikut petua, untuk memperkasakan \’senjata\’ lelaki, elok memakan madu lebah asli yang dicampur dengan ayam kampung dan lada hitam. Amalkan setiap hari, sekali sahaja selepas sarapan pagi.

– Jintan hitam.
Kaya dengan asid lemak tak tepu yang bagus untuk tubuh. Ia meningkatkan metabolisme, menyeimbangkan paras insulin, mengawal kolestrol sekaligus melancarkan peredaran darah.

Kelancaran aliran darah terutama ke bahagian zakar membolehkan ia berfungsi dengan baik ketika bersenggama.

– Kurma.
Kandungan gula di dalam kurma adalah lebih baik berbanding gula putih. Ia memberikan tenaga tambahan kepada lelaki yang melakukan kerja kasar atau kerap bersenam.

Petuanya, 7 biji kurma diambil bijinya. Tumbuk lumat, campurkan dengan telur ayam dan sesudu minyak sapi. Makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Ini dipercayai dapat menguatkan zakar.

– Bawang putih.
Terkenal sebagai pembangkit keinginan seksual, bawang putih sangat elok diamalkan. Ia mengandungi enzim nitric oxide synthase (NOS), satu-satunya enzim yang bertanggungjawab ke atas mekanisme ereksi.

– Akar pokok mangga.
Ia terkenal sebagai viagra semulajadi di kalangan pengamal ubatan tradisional. Cara pengambilannya adalah dengan merebus 1 inci akar pokok mangga dengan 2 cawan air sampai mendidih. Ia dimasak sehingga tinggal 1 cawan air.

Air rebusan akar pokok mangga ini diminum untuk menambahkan tenaga lelaki.

– Limau bali.
Kaya dengan lycopene, salah satu elemen dalam proses kelancaran aliran darah. Limau bali juga dikatakan mampu meningkatkan ghairah seksual lelaki.

– Tembikai.
Sesetengah pakar perubatan mengiktiraf tembikai sebagai viagra semulajadi. Mempunyai asid amino yang tinggi dikenali sebagai citruline, tembikai dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia juga dapat melancarkan darah ke zakar, terutama ketika bersenggama.

– Strawberi.
Satu lagi viagra semulajadi yang diperakui oleh pakar perubatan. Selain kaya dengan Vitamin C, strawberi juga kaya dengan elemen yang mampu memberi tenaga tambahan kepada lelaki untuk bertahan lama di ranjang.

Kesimpulan

Masalah lemah tenaga batin bukanlah sejenis penyakit. Ia hanyalah suatu kekurangan yang boleh dirawat dengan langkah yang betul mengikut puncanya.

Jom Baca : Cara Urut Zakar Supaya Tahan Lama

Seseorang lelaki perlu bersikap lebih terbuka dengan pasangan dan berusaha mendapatkan rawatan sekiranya mendapati keadaan anggota sulitnya tidak berfungsi secara normal. Di samping rawatan yang sesuai, amalan gaya hidup serta pemakanan juga perlu dijaga dengan baik. Malah kini terdapat Hammer of Thor untuk bantu para lelaki beraksi hebat.