Sperma adalah sel pembiakan lelaki. Fungsi sperma adalah bergabung dengan ovum untuk bersenyama dan membentuk embrio, iaitu fasa pertama pembentukan bayi. Bagi lelaki, kualiti sperma adalah sangat penting untuk menentukan samada anda subur atau tidak. Ia juga menentukan samada anda boleh mendapatkan zuriat atau tidak. Dalam post kali ini, kami kongsikan beberapa sebab kenapa sperma menjadi tidak subur dan apa yang anda perlukan lakukan untuk meningkatkan kualiti sperma.

 

Jom Ketahui 10 Punca Yang Menyebabkan Sperma Menjadi Lemah Dan Tidak Subur

1. Merokok

Ketagihan merokok sebenarnya boleh dihentikan jika seseorang itu betul-betul tekad untuk berhenti dari merokok. Seperti kita tahu merokok ni menyebabkan banyak gangguan kesihatan seperti kanser. Merokok juga dapat menumbuh plak di arteri dan plak tersebut akan menghalang aliran darah ke penis.  Hal ini yang menyebabkan kualiti dan keaktifan sperma menjadi lemah.

 

2. Terlalu Aktif Olahraga 

Latihan olahraga sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat menjaga jantung kita. Namun apabila terlalu aktif berolahraga, alat kelamin boleh menjadi panas dan keadaan ini dapat menurunkan jumlah sperma kerana zakar memerlukan suhu optimal untuk menghasilkan sperma. Ingat ya, sekitar kelamin lelaki haruslah terpelihara bagi mengelakkan sperma menjadi lemah dan berkurangan.

 

3. Alkohol Dan Kafein 

Setiap minuman beralkohol dapat menurunkan kadar testosteron yang mana akan menyebabkan penurunan kualiti dan jumlah sperma. Bukan sahaja memberi efek kepada sperma, malah akan membuatkan ghairah seksual menurun.

Selain itu, pengambilan kafein yang berlebihan juga dapat menurunkan jumlah sperma. Air berkafein memang sedap diminum. Tetapi jika anda berhajat untuk memiliki cahaya mata, kurangkan pengambilan minuman berkafein ni okay!

 

4. Steroid

Selalunya steroid ni diambil oleh lelaki yang bersenam dan membina otot. Meskipun steroid ini boleh membuat tubuh berotot, tetapi kesan sampingan daripada pengambilan steroid ini ternyata sangat merbahaya kepada kesihatan dan kesuburan lelaki. Salah satunya mampu mengundang masalah kemandulan.

 

5. Mengambil Ubat-Ubatan Tertentu

Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat kemoterapi dan perawatan kanser dapat mengganggu produksi kesuburan sperma. Oleh sebab itu, jika anda dan pasangan merancang untuk mendapatkan cahaya mata pada masa terdekat, anda perlu berkonsultansi dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat yang digunakan apakah akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti sperma ataupun tidak.

 

6. Kekurangan Vitamin C

Apabila kekurangan Vitamin C dalam pemakanan seharian, ia mampu menyumbang kepada masalah kemandulan. Disebabkan itu anda haruslah memastikan makanan yang anda makan kaya dengan Vitamin C, seperti jeruk, kiwi, betik, dan nenas yang mana kaya dengan anti-oksidan. Kekurangan Vitamin C dalam tubuh badan anda boleh menyebabkan sperma tidak subur.

 

7. Pemakaian Seluar Ketat

Kebanyakan lelaki tidak menyedari bahaya pemakaian seluar yang ketat mampu mengganggu produksi sperma. Memakai seluar dalam yang ketat juga tidak digalakkan. Anda disyorkan memakai seluar longgar seperti boxer. Kajian menegaskan pemakaian seluar yang ketat seperti ‘tightey-whitey’ akan melemaskan air mani anda. Ia akan menyesakkan skrotum anda dan menyebabkan sperma menjadi lemah.

 

8. Suhu Panas Dan Bersauna

Bersauna mampu memberikan efek yang tidak baik pada kesuburan anda. Sebagai seorang lelaki, anda disarankan untuk mengelakkan diri dari terdedah pada suhu panas terlalu lama. Lelaki tidak digalakkan sauna dan mandi air panas terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan kilang telur kepanasan. Hal ini boleh menyebabkan sperma menjadi tidak subur dan mati.

 

9. Obesiti 

Kajian mendapati lelaki yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti ini dapat memberikan kesan negatif kepada jumlah sperma, gerakan sperma (motility), dan ukuran serta bentuk sperma (morphology). Hal ini kerana lemak yang berlebihan dalam tubuh akan mengubah testosteron menjadi estrogen dan seterusnya estrogen yang berlebihan dapat merosak pertumbuhan dan kualiti sperma. Jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk memastikan anda mendapatkan berat badan yang ideal.

 

10. Kurang Tidur

Sebuah penilitian menemukan bukti bahawa lelaki yang tidur kurang dari enam jam setiap malam memiliki sperma yang kurang subur jika dibandingkan lelaki yang cukup tidur iaitu 7 hingga 8 jam setiap malam. Namun tidur yang terlalu lama juga mampu mengganggu kesuburan sperma anda! Kadang-kadang tu kita suka ambil sambil lewa tentang perkara di atas ni kan? Tanpa kita sedari sebenarnya ia boleh menyumbang kepada masalah sperma menjadi lemah dan tak subur sangat.

 

Kepada anda yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tu, boleh cuba lihat kembali dari ke-10 punca sperma tak subur ini. Apa yang penting adalah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan dalaman. Pengambilan herba-herba juga baik untuk meningkatkan kualiti sperma kerana kandungan herba-herba dalam produk kuat lelaki ini mengandungi khasiat yang dapat meningkatkan bilangan sperma. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang manfaat ubat kuat ini.