Sperma yang berkualiti bukan sahaja penting bagi lelaki, malah ianya menentukan tahap kesihatan seseorang lelaki sejati. Bilangan sperma yang banyak dapat meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum iaitu sel pembiakan wanita. Walaupun sperma tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ianya sangat penting diketahui untuk mengelakkan masalah kemandulan yang mampu menggugat keharmonian rumah tangga. Dalam post kali ini, anda akan mengetahui tip untuk menghasilkan sperma yang sihat, berkualiti dan subur.

 

5 Tips Ringkas Untuk Menghasilkan Sperma Yang Berkualiti, Khas Untuk Para Lelaki

1. Berat Badan Ideal

Walaupun tiada bukti saintis yang menemui apa-apa kaitan tentang lemak pada perut dengan tahap kesihatan air mani, namun memiliki lemak yang berlebihan boleh mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Tidak perlu perut berketak-ketak, cukup memadai mendapatkan berat badan yang ideal kerana ianya menyumbang peratusan lebih besar untuk penghasilan air mani yang berkualiti. Lemak berlebihan boleh menghalang pengaliran darah yang lancar, sekaligus menjejaskan pengeluaran sperma yang berkualiti.

 

2. Amalkan Memakan Ikan

Adakah anda penggemar daging ikan? Anda kemungkinan besar anda memilki air mani berkualiti tinggi ūüôā

Kajian mendapati lelaki yang banyak mengambil ikan terutamanya ikan salmon dan tuna mempunyai 68% lebih tinggi tahap kepekatan spermanya berbanding individu yang kurang makan ikan. Jadi jangan lupa masukkan daging ikan dalam menu seharian anda ya.

 

3. Pemilihan Seluar Dalam

Pemilihan seluar dalam yang betul juga mampu mempengaruhi penghasilan sperma anda. Kajian menegaskan pemakaian seluar yang ketat seperti ‚Äėtightey-whitey‚Äô akan melemaskan air mani anda. Ia akan menyesakkan sarung zakar lantas menyukarkan penghasilan sperma yang banyak.

Pakai seluar dalam yang longgar seperti boxer disarankan kerana ia mampu memberikan pengudaraan yang baik serta merendahkan suhu sarung zakar. 

 

4. Elakkan Dari Suhu Panas Dan Sauna

Ya, mungkin kedengaran best bersauna, namun ketahuilah bahawa ia mampu memberikan kesan yang tidak baik kepada kesuburan lelaki. Sebagai seorang lelaki, anda disarankan untuk mengelakkan diri dari terdedah pada suhu panas terlalu lama. Sauna dan mandi air panas terlalu lama boleh mengakibatkan pengurangan penghasilan sperma. Paling tragis boleh menyebabkan sperma mati!

Tabiat bererja juga perlu diperhatikan. Anda tidak digalakkan meletakkan laptop pada riba kerana dikatakan mampu mengganggu kesuburan sperma. Hal ini kerana haba yang dihasilkan laptop akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Jadi seeloknya, letak alas pada bawah laptop tu bagi menghalang haba laptop membunuh sperma anda.

 

5. Buat Senaman

Kajian saintis di Harvard mendapati lelaki yang kerap melakukan senaman seperti pergi ke gimnasium mempunyai kualiti air mani yang lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam. Bila bersenam, ia membantu menurunkan berat badan anda serta meningkatkan metabolisma badan. Senaman mampu meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti selain dapat melegakan tekanan. 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat menjaga kesihatan untuk menghasilkan sperma yang berkualiti, sihat dan subur. Semoag bermanfaat.

 

P.S Terdapat banyak supplemen untuk meningkatkan bilangan sperma di luar sana. Kami syorkan anda untuk mengambil ubat kuat lelaki yang popular ini. Ianya mengandungi 12 herba yang dapat meningkatkan kualiti sperma serta kupayaan seksual lelaki yang anda idam-idamkan. Ramai pengguna yang berpuas hati dengannya. Dapatkan Hammer of Thor original hari ini.