Apabila membincangkan topik masalah dalaman lelaki, kita tak boleh terlepas dari mengaitkannya dengan kanser prostat.

Ia merupakan penyakit yang digeruni ramai lelaki kerana ia membuatkan seseorang berasa kurang keyakinan diri dan takut untuk bergaul dengan orang ramai.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser prostat adalah di antara penyakit kanser yang berbahaya selepas kanser kolon, paru-paru dan kanser hidung dan tekak.

Prostat ialah kelenjar sebesar “kacang walnut” yang terletak di antara pundi kencing dan zakar. Fungsinya adalah untuk menghasilkan air mani yang mengangkut sperma.

Pesakit akan mula mengalami beberapa komplikasi yang menganggu kesihatannya. Umumnya, kanser prostat berkembang secara perlahan-lahan dan tidak dapat dikesan pada waktu awal. Namun, ia akan merebak secara tiba-tiba dan hanya dapat dikesan apabila bertemu dengan doktor.

Tanda-Tanda Kanser Prostat 

Seseorang itu tidak akan mengetahui dirinya menghidap kanser prostat melainkan mengalami simptom yang menyebabkan timbulnya ketumbuhan atau kanser di dalam prostat.

Tanda-tanda berikut sering berlaku kepada pesakit:

  • Sukar membuang air kencing
  • Berasa sakit pada bahagian kelangkang
  • Pengeluaran air kencing yang tak lancar
  • Mati pucuk

Apabila pesakit terus membiarkan simptom awal kanser prostat, keadaan lebih kritikal berlaku apabila pesakit mula berasa lemah dan sakit di bahagian kemaluan mereka. Prostat akan terus membengkak sehingga boleh menyebabkan pendarahan di dalam air mani dan kencing berdarah.

 

 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kanser prostat.

Faktor usia

Kebanyakan pesakit yang menghidap kanser prostat ini terdiri daripada lelaki yang berumur.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat di Malaysia, lebih daripada 80% pesakit kanser prostat adalah lelaki berusia lebih daripada 65 tahun. Rasionalnya adalah kerana tahap kesihatan pesakit-pesakit semakin menurun dengan usia.

Sejarah keluarga

Kanser boleh dipindahkan melalui pertalian darah. Sekiranya ahli keluarga seseorang lelaki itu menghidap kanser prostat, ada kemungkinan besar lelaki itu juga akan menghidap kanser prostat.

Risiko yang tinggi juga boleh terjadi sekiranya ibu atau adik beradik perempuan yang pernah menghidap kanser payudara.

Obesiti

Saiz badan memang mempengaruhi faktor kesihatan seseorang. Bagi pesakit yang obes atau kegemukan melampau, risiko menghidap kanser prostat adalah lebih tinggi berbanding mereka yang kurus.

Pencegahan dan Rawatan

Terdapat kaedah rawatan tertentu untuk mengatasi masalah kanser prostat. Namun begitu, pencegahan adalah lebih baik untuk dipraktikkan supaya anda boleh mengelakkan masalah ini dari awal.

  • Pilih diet sihat yang penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Elakkan makanan yang berlemak tinggi, sebaliknya lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh menyumbang kepada kesihatan anda.

  • Buat senaman 3 kali dalam seminggu.

Senaman dapat meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan, selain membantu mengekalkan berat badan dan meningkatkan mood anda. Kajian mendapati lelaki yang bersenam mengalami risiko mendapat kanser prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tidak bersenam.

  • Dapatkan nasihat doktor tentang risiko kanser prostat.

Rawatan doktor adalah jalan terbaik untuk membantu mengurangkan masalah kanser prostat. Doktor akan mengesyorkan pesakit untuk mengambil ubat-ubatan yang dapat mengawal pembesaran kelenjar prostat. 

Walau bagaimanapun, terdapat bukti menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil ubat-ubatan mungkin mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser prostat yang lebih serius.

Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang pengambilan ubat-ubatan, dapatkan nasihat doktor atau ketahui bagaimana pengambilan herba dapat memperbaiki masalah dalaman lelaki.