6 Senaman Untuk Seks Yang Lebih Hebat

Senaman Untuk Seks. Kali ini, kami Hammer of Thor membawakan satu lagi artikel hebat untuk membantu menjalani kehidupan seks yang lebih hebat!

Anda rasa kehidupan seks anda semakin kurang mengghairahkan berbanding zaman anda muda-muda dulu? Kalau jawapannya ya, anda perlu lakukan sesuatu!

Salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi anda di ranjang bersama isteri tercinta ialah dengan bersenam.

Senaman ataupun bahasa popularnya workout dapat membantu anda untuk:

  • meningkatkan tenaga
  • daya tahan otot untuk berkerja
  • membakar lemak-lemak degil
  • memastikan mood anda sentiasa ceria

Malah ada satu kajian yang pernah dijalankan pada tahun 2004, Electronic Journal of Human Sexuality ada menyatakan sekiranya anda dapat membakar sehari lebih kurang 200 kalori, masalah mati pucuk dapat dikurangkan.

Wow. Anda tahukan kalau zakar anda sudah tidak segagah waktu muda dulu, pastinya menganggu mood dan hubungan anda dengan isteri.

Selain dari aktiviti kardio dan latihan kekuatan anda juga boleh lakukan aktiviti regangan untuk menjadikan badan lebih fleksibel.

Bila badan lebih fleksibel, pelbagai posisi seks anda boleh cuba bersama isteri.

Untuk mendapatkan kehidupan seks yang lebih hebat cubalah 13 senaman untuk seks yang terbaik ini ke dalam rutin senaman anda.

1. Senaman Kegel

Kegel atau dalam bahasa yang mudah difahami kemut. Senaman kegel lelaki mudah diamalkan. Kagel adalah satu latihan bersifat dalaman untuk menguatkan otot PC dan perinel.

Perinel adalah otot yang menyokong kekuatan ereksi dan memberikan lebih kepuasan semasa ejakulasi.

Senaman kegel adalah petua lambat pancut. Malah ia juga dapat membantu mengurangkan resiko mati pucuk.

Cara Untuk Melakukan Senaman Kegel

Pertama sekali anda perlu mengenali otot PC anda terdahulu. Cuba anda tahan kencing anda. Okay itulah otot PC. Otot yang menahan kencing anda. Otot ini terlibat dalam senaman kegel.

Anda cuba tahan otot ini dalam masa 10 saat sehingga 30 saat. Anda boleh mencubanya di mana-mana. Semasa memandu, semasa di pejabat atau di mana sahaja.

Lebih lama masa anda boleh tahan, lebih baik untuk ereksi anda dan memperbaiki masa untuk anda ejakulasi.

Tahan 10 hingga 30 saat dan buat 10 hingga 20 set.

 

2. Latihan Interval

Senaman untuk seks yang kedua ialah Latihan Interval (latihan selang).

Latihan jenis ini akan meningkatkan stamina dan daya tahan anda, menjadikannya satu latihan seks yang sempurna.

Malah anda boleh melakukan selang-selang di mana sahaja – di luar di trek, di taman atau di atas basikal, mendaki tangga atau treadmill.

Cara Untuk Melakukan Senaman Seks Latihan Interval

Selepas anda buat warm up selama tiga hingga lima minit, anda sudah boleh mulakan latihan interval anda.

Lari dengan selaju mungkin selama 30 saat. Kemudian rehat selama satu atau dua minit.

Lakukan untuk beberapa set. Jadikan sebagai satu amalan dan rutinkan setiap minggu. Jangan terkejut kalau isteri anda memuji anda semakin hebat di ranjang selepas ini!

 

3. Lying Leg Raise

Senaman untuk seks yang ketiga ialah Lying Leg Raise. Senaman ini adalah sejenis senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja kerana tidak memerlukan apa-apa alatan.

Senaman ini akan memfokuskan bahagian perut dan perut bawah (lower abs). Kekuatan otot perut sangat membantu ketika anda melakukan seks pada posisi lelaki di atas (mendayung).

Dayungan dan tujahan anda semakin mantap dan bertenaga apabila anda otot perut anda lebih kuat.

Cara Untuk Melakukan Senaman Seks Lying Leg Raise

Anda cuma perlu berbaring di permukaan rata. Angkat kaki anda secara perlahan-lahan ke atas.

Buat 10 kali ulangan dan 2 set pada permulaan.

Anda boleh tambah set pada minggu-minggu berikutnya untuk menguatkan lagi kekuatan otot perut anda.

 

4. Plank

Plank adalah senaman untuk seks yang keempat. Senaman ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan ketahanan dan stamina anda di gym atau di bilik tidur anda.

Plank membantu anda semasa melakukan gaya missionary atau apa-apa posisi yang melibatkan anda di atas.

Selain menguatkan otot perut anda, ianya juga menguatkan tangan dan lengan anda semasa melakukan dayungan bersama isteri.

 

Cara Untuk Melakukan Senaman Seks Plank

Untuk melakukan senaman plank, anda perlu berada dalam posisi seperti ingin melakukan tekan tubi. Cuma kali ini siku anda dibengkokkan sedikit.

Untuk permulaan cuma tahan 10-20 saat dan buat 2-5 set.

Anda boleh menambah masa untuk senaman ini dari minggu ke minggu selepas anda makin biasa melakukannya.

 

5. Tekan Tubi

Senaman untuk seks yang kelima ialah tekan tubi. Tekan tubi ataupun lebih dikenali sebagai push up mempu untuk menguatkan anggota bahagian atas anda, upper body.

Anggota yang terlibat ialah bahu, lengan dan perut anda. Bila semua bahagian ini dilatih dengan betul dengan kerap ianya akan memberikan anda daya tahan yang lebih baik semasa melakukan hubungan seks dengan isteri.

Cuba amalkan dalam masa beberapa minggu, pasti terdapat perbezaan dalam performance anda di ranjang dan isteri pasti tersenyum puas!

 

Cara Untuk Melakukan Senaman Seks Tekan Tubi

Sama seperti aktiviti senaman plank, anda cuma perlu berada di posisi yang sama.

Cuba lakukan 10 ulangan dan 3 set buat permulaan.

Dari masa ke masa boleh tambah bilangan ulangan dan set.

 

6. Squat

Senaman yang baik untuk lelaki yang keenam ialah squat. Push-up menguatkan bahagian atas badan dan perut anda, memberikan peningkatan daya tahan yang terbaik dan membolehkan anda mendayung lebih lama semasa berada di posisi atas.

Sekiranya anda komited untuk melakukannya secara konsisten, anda akan mendapati perbezaan dalam daya tahan anda, keupayaan anda untuk mengekalkan tujahan yang padu dan kekuatan badan semasa hubungan seks.

 

Cara Untuk Melakukan Senaman Seks Squat

Dengan menggunakan dumbbell pada kedua-dua belah tangan, letak kedua-dua dumbbell di sisi anda.

Duduk dalam posisi seperti menaiki motor dimana pinggu dan lutut separuh mencangkung. Kemudian, luruskan belakang anda.

Apabila anda turunkan badan, perlahan-lahan angkat tangan anda di hadapan anda sama paras dengan ketinggian bahu.

Perlahan-lahan bangkit berdiri ketika anda menurunkan lengan anda ke sisi anda untuk menyelesaikan satu ulangan.

Penutup

Okay sekadar itu dahulu perkongsian dari kami pada kali ini. Pastikan anda melakukan semua senaman-senaman di atas secara konsisten untuk hasil yang lebih baik.

Jangan risau, usaha dan penat lelah anda akan berbaloi selepas bersama isteri di ranjang. Malah, pasti isteri lebih tersenyum puas dan gembira dengan kehebatan anda.

Selain memastikan prestasi anda di ranjang meningkat, anda juga dapat meningkatkan lagi imej diri anda.

Badan yang selalu bersenam akan nampak lebih menarik berbanding badan orang yang tidak bersenam.

Namun pastikan anda mengamalkan renganan badan terlebih dahulu sebelum bersenam ya!

Baiklah sebelum mengakhiri artikel kali ini dan selain mengamalkan 6 jenis senaman yang dikongsikan di atas, anda juga boleh mencuba Hammer of Thor untuk hasil yang lebih mantap dan luar biasa bersama isteri anda![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]