Kanser prostat tidak berlaku secara tiba-tiba melainkan adanya tanda-tanda atau simptom awal yang terjadi.

Namun begitu, agak sukar untuk mengetahui samada seseorang itu menghidap kanser prostat. Ini kerana ketumbuhan dalam prostat tidak menyebabkan kesakitan pada pesakit. Oleh sebab itu, pemeriksaan awal dengan doktor adalah penting untuk mencegah kanser prostat daripada menjadi lebih parah.

Tanda-tanda dan simptom dapat dikenali apabila pesakit mengalami situasi-situasi berikut:

 

Aliran air kencing yang tidak lancar

Antara tanda awal yang menunjukkan seseorang itu menghidap kanser prostat adalah aliran air kencing yang tidak lancar atau kata lain kencing tidak lawas.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalaminya. Jangan biarkan lama-lama sekiranya anda sayangkan kesihatan anda!

Rasa hendak buang air kecil kerap kali waktu malam

Kekerapan membuang air kecil adalah amaran kanser prostat sudah mula berkembang. Simptom ini selalu berlaku pada waktu malam dan ianya bukan normal.

Menurut pakar, seseorang yang mengsalami masalah ini adalah disebabkan kelenjar prostatnya membesar sehingga mengganggu pengeluaran air kencing daripada pundi kencing. 

Sakit atau pedih ketika membuang air kecil

Ketika membuang air kecil, pesakit terasa pedih dan sakit di sekitar kemaluan sehingga menyebabkan dia takut untuk membuang air kecil.

Pesakit akan berasa senak dan tidak begitu selesa. Apabila ini berlaku, ia adalah tanda kanser prostat semakin merebak.

Sakit ketika ejakulasi (pancutan air mani)

Hubungan intim dengan isteri juga akan terganggu apabila suami berasa sakit ketika memancutkan air maninya.

Ini kerana ketumbuhan dalam prostat semakin membesar sehingga menyukarkan pesakit ketika  bersama isteri. 

Darah di dalam air kencing atau air mani

Dalam kes kanser prostat yang lebih serius, darah boleh ada di dalam air kencing dan air mani. Kemungkinan besar berlaku adalah kerana pesakit tidak mengendahkan tanda-tanda awal atau tidak mendapatkan rawatan daripada doktor. 

Bengkak pada kaki dan tangan

Bengkak pada kaki dan tangan antara petanda yang dapat dikesan pada peringkat kritikal kanser prostat. Kanser sudah merebak hingga kebuah pinggang dan hati.

Pada ketika ini, doktor akan membuat pembedahan dengan segera.

Sering mengalami kekejangan di bahagian belakang, pinggang atau peha

Pesakit sering mengalami kekejangan di bahagian belakang, pinggang atau peha kerana sel kanser prostat sudah menyerang kawasan-kawasan ini.

Ia juga adalah tanda kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Sakit tulang dan lumpuh

Di tahap ini, rawatan biasa tidak mampu untuk merawat kanser prostat. Sel kanser prostat telah menyerang urat saraf pesakit dan telah menyerang beberapa organ penting di dalam badan pesakit.

 

Berikut adalah rawatan untuk pesakit kanser prostat:

Pembedahan

Terdapat dua kaedah pembedahan kanser prostat; Radical Prostectomy dan Transurethral Resection of Prostate.

  • Radical prostectomy: pembedahan pembuangan kesemua prostat. Rawatan ini selalunya dapat menyelamatkan pesakit untuk bertahan sehingga 10 tahun selepas rawatan.
  • Transurethral Resection of Prostate (TURP): ianya digunakan untuk mengurangkan gejala sekatan pada saluran air kencing pesakit.

Terapi radiasi

Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-X untuk memusnahkan sel kanser. Ianya selalu digunakan pada peringkat ke 3 dan beberapa kes di peringkat ke 4 kanser prostat.

Terapi ini sesuai semua peringkat kanser samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit atau digunakan sebagai kaedah mengurangkan kanser yang telah merebak.

Terapi radiasi menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:

  • Cirit birit
  • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerap buang air kecil
  • Letih lesu
  • Mati pucuk

Kemoterapi

Pesakit akan diberikan ubat untuk membunuh sel kanser dan ianya boleh diambil secara makan ataupun secara suntikan.

Kaedah ini membantu pesakit kanser yang kritikal atau pesakit yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Selain itu, rawatan ini perlu dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala teruk berlaku.

Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.

 

Kesimpulan

Apa yang pasti, pengesanan tanda-tanda kanser prostat adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah semakin berterusan. Pencegahan awal seperti menjaga pemakanan dan aktiviti fizikal perlu dititikberatkan, selain mengamalkan herba-herba tradisional untuk mengurangkan risiko masalah dalaman lelaki.